JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)



Walking with Him..

Friday, August 27, 2010
CERITA 1
        Semalam berbual dengan adik A, terkejut, kagum, terasa Maha Besar Allah.Alhamdulillah. Allahuakbar. Masing-masing pun ada sejarah hitam. Tapi yang penting taubat nasuha. Akak tau awak cekal dik! ^__~

CERITA 2
        Tiba-tiba handphone yang silent bergetar.. Uiks!! Sapa yang sms malam-malam? Mesti ada benda penting. Ya Allah...air mata mengalir titis demi titis..Tak lama mengalir deras. Tak tertahan rasa hati. Terasa baru semalam kita berjumpa dan bermesra gembira. Tapi saya tau, takdir Allah mengatasi segalanya. Manusia merancang dengan CITA, Allah merancang dengan CINTA... La haula quwata illa billah.

CERITA 3
        Saya rindukan dia..rindukan mereka.. Tapi saya tau ini terbaik yang Allah susun. Yang penting, S.A.B.A.R. Semoga kita bertemu pada waktu dan tempat yang terbaik kelak. Indahnya ukhwah yang bersemi... S.A.B.A.R ff, sabar...uhukss

CERITA 4 
      Kaki letih, baru lepas jahit luka kat muka pasien. Panjang woo..KDRT (keganasan dalam rumah tangga). Suami sebat pakai pisau dapur kat isteri. Sume disebabkan arak. Uish3!.  Pengajaran: jangan sekali2 sentuh arak. Karang tak pasal2 muka ada 38 jahitan. Luruskan kaki jap. Tetiba..."dik, ni ada pasien baru". Kakak perawat memuncung mulut menunjuk pasien baru sambil menghulur fail merah. Tenang je muka pak cik ni walaupun kaki patah; closed fracture. Kena langgar motor. Langgar lari lak tu. Sian pak cik tua ni. Dengan muka yang pucat, tangannya tetap terus menguntai biji-biji tasbih, bibir bergerak perlahan...zikrullah. DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI JADI TENANG..MashaAllah...

CERITA 5
        Sangat susah mata nak terpejam. 'Sekarang da ada umah dah!!tenangkan hati kamu...' Tapi aku tetap rasa sangat tak selamat. Tadi siang, walaupun hanya digeser motor (waktu tgh melintas jalan) dan hanya beg kat tangan je yang sempat terplanting, tapi tu cukup buat air mata mengalir sepanjang malam. . T____T. Rasa sangat teruk. Takut merasuk perasaan. Trauma. Sangat2 trauma. Terasa sangat insaf. Kematian tu datang bila2 masa tanpa sempat duga... MAUT..Ya meninggalkan dunia. meninggalkan ibu dan ayah, kawan2 dan segala apa2 atas dunia. Keseorangan dalam tanah. Terputus segala amal. Tak boleh nak patah balik pun! Dengan bekal yg ntah berapa, apakah ganjaran atau azab balasan?? Hati aku takut akan disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang Ya Allah!! Allahummasoli 'ala saidina Muhammmad. Takuuuutttt... Allah je tau rasa nye macam mane. Air mata mengalir lagi..... Tak nak fikir!! Tak nak fikir!! Seperti tayangan sebuah filem, kejadian tu terus berputar setiap kali mata terpejam dan air mata terus mengalir. Akhirnya, aku tertidur juga , ntah jam brapa pagi, sambil ditemani sang kembar yg setia memujuk sang cengeng ini...

Dari Ibn Umar r.a bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w,
"Siapakah di antara orang mukmin yang paling utama?" Nabi menjawab: " Yang paling mulia akhlaqnya". Orang itu bertanya lagi: "Siapakah yang paling genius?" Nabi menjawab: " Yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak mempersiapkan diri utk menghadapi masa sesudah kematiannya.
(Ibn Majah)

3 comments:

{ Syed Ahmad Fathi } at: August 27, 2010 at 2:28 PM said...

Semoga ALLAH beri kekuatan dan hidayah kpd kita semua.

{ tOmeY } at: August 31, 2010 at 1:23 AM said...

salam mbak ff...

ana tahu cerita ni. semoga kita tak cengeng dlm DnT tau!!! hehehe~

{ Kita } at: September 7, 2010 at 7:35 AM said...

Syed Ahmad Fathi: Salam alaik. Jzkk atas doa buat kita semua. Amin... Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang.

tOmeY: salam mba tOmeY...! semua org cam tau citer ni. hehe. cuma nak kongsi gak ngan bloggers lain. hopefully sampai mesej yang nak di bagitau.
tak le cenggeng dlm DnT. tapi leh cenggeng ngan Allah kan? heueheueuu..