JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




GOOGLE vs. Yusuf Estes - Owner of YoutubeISLAM

Saturday, February 20, 2010
Bismillah...

Hari ni belek-belek laman web dakwah.info. Terbaca satu post yang menarik minat. tentang YouTube dan YoutubeISLAM. Dalam nak bawa Islam ke dunia, memang banyak dugaan dan cabaran yang mendatang. Dugaan dan ujian itu nak tengok sejauh mana orang yang nak menyampaikan Islan itu benar-benar nak bawa Islam. Jika semuanya atas niat hanya kerana Allah, ikhlas buat Dia...inshaAllah, semua pun akan diharungi dengan sabar. Sebagaimana Rasulullah, para sahabat, tabiin serta tabi' tabiin hadapi cabaran dalam membawa dan menyampaikan Islam, begitu juga generasi sekarang. Tapi cabaran itu malah membuat hati mereka bertambah kuat. Kerana itulah sunnatullah.

orang-orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, " Orang-orang (Quraisy) telah  mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, maka takutlah kepada mereka," ternyata ucapan itu menambah kuat iman mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung." 3:173

Indahkan ayat di atas tu. Cuba perhati betul2 dan hayati.


Google and YouTube are stealing youtubeislam.com


Bukan setakat Yusuf Estes, ada lagi yang lain yang turut hadapi perkara yang sama. Penentangan dari mereka yang tak mahu Islam itu naik. Kerana mereka tau Islam akan menjatuhkan kekuasaan mereka, kedudukan mereka yang Taghut. Membuat bontot panas tak senang duduk. AlHaq akan menghapus Kebatilan. Semoga para penyampai Islam tetap kukuh dalam menjalankan tugas Khalifah Allah. 

Lepas tu, belek2, tekan2.. terjumpa bagaimana pak cik Yusuf  ni masuk Islam. Rupanya dia adalah seorang preacher dalam agama dia dulu. Hidayah Allah nak ketuk pintu hati sesiapa pun yang Dia mahu. 

Pastu tertarik gak ngan satu video ni. Semoga kita semakin menghargai nikmat Islam dan Iman yang kita dapatkan. Alhamdulillah dapat lahir langsung dalam Islam. Alhamdulillah buat yang da revert Islam. Tapi bagaimana dengan orang bukan Islam yang masih belum mengerti Islam. dan bagaimana ngan orang disekeliling kita yang Islam hanya pada nama tapi tiada pada perbuatan sehari-hari. Kesian mereka (-_-'). Hidayah Allah tu bukan semata menunggu Dia turunkan cam 'pap!' ke dalam hati. Tapi Hidayah Allah tu ada kat mana2 sebenarnya. Kita nak cari atau tak, kita nak hayati atau tak...di Quran, sirah Rasulullah...dan alam syahadah ini....



p/s: terima kasih cik yana sebab da membantu. Semoga Allah balas dgn lbh baik. dan maafkan segala silap salah... (-_-"). sob3..

p/s: tak jd signature T-T

3 comments:

{ zhrhtoodem } at: February 20, 2010 at 9:06 PM said...

salam.
baru tahu benda nih.
tq
banyak orang tak mahu Islam naik.
sebab mereka akan terus tenggelam

Allahuakbar!

{ Kita } at: February 21, 2010 at 11:52 AM said...

salam zaradgreat. alhamdulillah Allah bagi peluang untuk awak dapat tau benda2 ni. banyak lagi yang kita tak tau.

"sesiapa yang dikehendaki Allah suatu kebaikan padanya adalah kefahaman dalam agama"

dan ramai lagi juga yang tak tau perkara camni. mari kita sebarkan ion +ve pada semua mereka di luar sana. (^-^)V

{ As } at: March 23, 2010 at 9:10 AM said...

a very nice writing...thanks a lot :)