JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)



ini Cerita S.A.Y.A part 5

Monday, January 4, 2010
salam...

dearest akhwat fillah...

afwan sebab dah lama tak kongsi cerita kat sini. insyaAllah hari ni saya nak sambung cerita tentang apa yang saya alami sepanjang minggu lepas. sangat diharapkan agar kita mengambil pengajaran dan iktibar dari cerita ni. amat rugi sekiranya kita baca cerita ni, tapi hati kita tak digest cerita ni dengan baik. insyaAllah...

khamis, 12/11/2009

mak long(kakak abah) call malam smlm n beritahu yang dia akan sampai pagi ini. saya dan abah hanya menunggu di rumah. sekitar jam 9.30am, mak long tiba ke btg kali dari kajang. mak long datang dengan Halim(anak tiri mak long)

lepas makan tengah hari, saya, abah, adam(adik bongsu saya), mak long, dan halim berangkat ke hospital. halim yg drive kereta.

bila sampai di hospital, pak usu dah ada di samping atok. alhamdulillah.. kondisi atok makin ok bila pak usu bagi atok air bacaan Yaasin malam tadi. hari ini jugak merupakan 1 sejarah bila cucu2 'bertuah' atok (halim n adam) nak duduk di samping atok.. kalau tak, lepas je jumpa atok, mereka akan keluar dari ward n duduk lepak2 kat wakaf. biasa la... budak2 bujang.. suka sangat melepak(benda ni yang kita kena 'repair')

hari ini abah dan pak usu kena salinkan pampers atok lagi. kali ni, trainer2 dari Kolej Mahsa turut membantu. mak long tak join... dia duduk tepi dulu. lepas dah habis tu, baru mak long duduk dekat dgn atok dan usap2 badan atok... sejuk.... tapi atok asyik cakap yang atok panas.










hari ni atok asyik 'macam tak dok diam' sampai IV Line atok tercabut. darah atok keluar.. cairnya darah atok... sebak saya tengok atok... kalau saya nanti, macam mana ye..??

dalam hati, saya berfikir lagi... ya Allah, sanggup ke aku nak jaga ibu dan abah bila mereka memerlukan aku nanti??? aku takut ya Allah.... sangat2 takut.... saya terus berdoa, 'Ya Allah... jangan Kau bolak-balikkan hati2 kami.. tetapkan hati kami ya Allah.. izinkan kami utk berbakti kepada kedua ibu bapa kami'..





pak usu pergi dekat2 dengan kami. pak usu pesan...

pak usu: masa ni la kita kena jaga mak bapak kita tau... diorang pun hidup dah tak lama.. masa ni, jaga la diorang betul2...


(ya Allah....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku takut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang sebelum aku bersedia utk semua itu!)

saya kena kuat... apa2 yang terjadi, itu yg terbaik.. ibu pun pernah pesan mcm ni pada saya malam semalam. mlm semalam saya urut2 ibu. tangan ibu selalu lenguh...

ibu: along... masa ibu putus dulu(putus cinta), ibu tak pernah nak frust2... walaupun ibu tak kahwin dengan dia, tak semestinya ibu tak bahagia dengan abah. masa tu, ibu doa kat Allah... bagi ibu apa yang terbaik buat ibu... alhamdulillah.. ibu bahagia hidup dengan abah. lepas tu, ibu lupakan dia...

ibu pernah bercinta dengan seorang cikgu dulu. tapi ibu orang biasa2 je.. mak cikgu tu x berapa suka dengan ibu. alhamdulillah.. ALLAH hadiahkan abah utk ibu... bertuahnya ibu...

masa ibu tengah cakap2 tu, saya sedih... tapi saya tahan air mata tu sebab saya malu nak menangis depan org. saya hanya tak malu bila menangis depan DIA, KEKASIH SAYA... YANG MAHA MENGUATKAN SAYA...


masa tu saya berfikir lagi... kenapa ayat ibu macam orang yang dah ditarbiyah??? rupa2 nya kadang2 Allah ajarkan manusia tu utk mentarbiyah diri sendiri berdasarkan pengalaman hidup kita-Allah akan pilih kita. subhanALLAH...

petang tu, saya kena balik untuk hantar kunci rumah kat ibu. abah kelam kabut keluar rumah utk ke hospitak tadi. abah sampai lupa nak tinggalkan kunci pada jiran. (benda yg biasa kami buat)

mula2 saya akan balik dengan adam(adik bongsu saya) n halim yg akan drive. tiba2 adam tukar plan di saat2 akhir... saya dah masuk kereta masa tu. tiba2 adam dtg n bagitahu;

adam: akak, akak balik la dulu.. adam nak tunggu atok..

so, adam pun tinggal la di hospital dengan abah, mak long n pak usu.

inilah satu2 nya benda yang saya paling x gemar buat lebih2 lagi bila dah ditarbiyah ni---> keluar dengan bukan muhrim!!

x sukanya... alhamdulillah.. halim hormat saya sebagai kakak sepupu dia. dia pun bahasakan diri dia 'angah' n panggil saya 'kak ain'. dalam kereta, kami borak2 sambil hati saya melagukan zikir spy saya tak leka dengan gangguan syaitan. alhamdulillah... sempat jugak saya habiskan baca ma'thurat dalam hati sepanjang perjalanan dr hospital ke rumah.

sebenarnya, masa dah nak dekat sampai rumah, miss dari Jakarta call saya bertanya hal2 berkaitan dgn HAMKA n sempat jugak miss bertanya tentang atok. talian tiba2 putus.. tp alhamdulillah... puas hati sebab dapat lepaskan rindu kat miss yang di miss...

beberapa saat lepas tu, ibu pun sampai rumah dari tempat kerja...

berbalik ke hospital.. rupa2 nya pak cik dan familinya dah sampai sana lepas saya n halim balik ke rumah utk hantar kunci pada ibu. ptg tu, saya tak sempat jumpa pak cik.. pak cik tinggal di Kajang. sama perumahan dgn mak long.








malam tu, wan(nenek tiri saya) yg temankan atok. pak usu kena balik malam tu sebab pak usu kerja. so, halim pun balik semula ke hospital n amik abah, adam, n mak long... malam tu jugak, mak long n halim tidur di rumah saya. so, terpaksa lah buat benda pelik dalam keluarga ---> pakai tudung di dalam rumah. alhamdulillah... ibu n abah dah tak tegur. mungkin mereka dah faham apa yg anak mereka buat. kalau halim tak tidur kat rumah saya, dah lama saya tak perlu bertudung di dalam rumah. malam tu, buat pertama kalinya saya tidur berdua di dalam bilik bersama mak long.


sekian dulu untuk malam ni.. insyaAllah saya sambung lagi utk part 6.


wassalam~




1 comments:

{ everlasting love to HIM } at: January 6, 2010 at 2:49 PM said...
This comment has been removed by the author.