JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




Jaulah itu

Friday, December 4, 2009
Seharian di luar. Menyelesaikan segala urusan yang harus disiapkan sebelum besok. Walaupun penat menusuk badan, tapi ini takkan sia-sia insyaAllah selagi diniatkan untuk Dia. "Innamal a'malu binniat". Setiap perbuatan disertai dgn niat. Semoga tercatat sebagai ibadah. Amin..

Besok kami akan keluar beramai2. Berjaulah. Mencari inspirasi. Dah lama rasanya tidak berjaulah sesama akhawat seusrah. Besok kami akan ke pantai Anyer. Dari jam 5 pagi dah bertolak.Wa...paginye! Kerana ada kakak yg sedang practical harus buat follow up patients yang ada. Tak sabar rasanya menunggu hari besok...best, best!

katakanlah, "Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (alAnkabut:20)

Teringat kata-kata kakak ni, "Rindu la nak solat di tepi pantai". Terbayang sejuk pagi, angin subuh menyapa saf-saf kami.Terbayang lagi terbit fajar. Indah sungguh langit. Cuba lihat berulang2 kali. Takkan jumpa cacat celanya. Ciptaan Dia memang agung...

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi, niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih (Al-Mulk: 3-4)

Sebenarnya dari pagi tadi da ada satu rombongan dah pun berlepas. Mereka menuju ke Bandung. Dengar cerita mereka main paintball dan ada program bersama anak-anak yatim. Seronoknya... ;).

InsyaAllah besok akan ada 2 lagi rombongan yang akan bertolak. Satu ke Anyer, satu lagi ke Tangerang. Masing-masing menuju ke arah destinasi tersendiri. Tapi insyaAllah mempunyai matlamat yang satu. Mencari inspirasi dan nafas baru selain refreshing jasad, aqal dan jiwa daie setelah penat bergelumang dgn buku dan hospital ...semoga bertemu dengan semangat yang baru untuk dihirup. Semoga jiwa2 daie kembali berkobar dan ukhwah mekar bersemi kembali...

Jalan-jalan Cari Inspirasi


Allahua'lam...

3 comments:

{ Amar san } at: December 5, 2009 at 6:51 PM said...

salam ziarah. nice blog

{ sinar_islami } at: December 7, 2009 at 4:04 AM said...

mengingtkan ana juga saat2 indah solah ditepi pantai..
rindu pun bila saat memberi slm..kiri dan kanan..adalah rakan juang..indah saat itu..
Moga Allah berkati usaha kalian mendekatiNya

{ Kita } at: December 8, 2009 at 1:50 PM said...

Amar san: Jzkk. semoga dapat mendatangkan manfaat bersama.

Sinar-islami: Jzkk atas doanya. bestkan? ;). semoga terus istiqamah mengejar redha DIA