JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




Dialog kakak dan adik

Thursday, November 19, 2009
Kakak: Adik tengah watpe tu?
Adik: Tengah makan kak.heheh.. sedap la roti ni
Kakak: A'ah, sedap la kalo tu makanan feveret kita kan. adik ada tak terfikir kenapa perlu makan?
Adik: Kalo tak makan nanti tak dapat la tenaga.nanti tak dapat nak study.
Kakak: Betol3( gaya upin ipin ). Pernah tak fikir dari mana asalnya makanan tu?
Adik: Mesti la dari pokoknya kak.pastu manusia yang proseskan untuk hasilkan makanan yang sedap macam roti yang adik makan ni.heheh..
Kakak: Haa...pandai adik kakak.. tapi ada yang lagi penting kat situ yang memberikan kita makanan.
Adik: Ape kak?
Kakak: Allah Yang Maha Pemurah. Perasan tak, kita makan makanan ni sesuai dengan umur kita. kalo bayi yang baru lahir tu Allah dah sediakan susu dari ibunya sendiri. dan kita tahu kan yang susu ibu tu sangat2 berkhasiat dan diperlukan untuk pertumbuhan. Bila dah besar sikit baru la ibu kita bagi makanan seperti bubur nasi supaya senang dihadam oleh kita, sebab gigi pun belum cukup untuk kunyah makanan. Dan bila dan dewasa macam kita ni, kita dapat makan bermacam-macam jenis makanan.
Adik: A'ah la kak..subhanallah...Telitinya Allah dalam memberikan kita rezeki
Kakak: Dan kita tengok dari mana asalnya semua sumber makanan? Dari tanah dan air kan? Sama macam kita. Kita pun berasal dari tanah. Tengok surah as-Sajdah ayat 6-9. dan bila kita mati kita pun akan ditanam di dalam tanah. betapa hebatnya penciptaan kita ni. Dan Allah sediakan segala kemudahan untuk kita seperti makanan, air dan tempat tinggal. Tau tak untuk apa?
Adik: Untuk kita hidup la akak kn?
Kakak: A'ah, memang betul untuk hidup.Tapi untuk apa kita hidup?
Adik: Ohhh, maksud akak tugas kita ke? Dalam quran ada sebut tugas kita beribadah dan jadi khalifah.Boleh tengok surah al-Baqarah ayat 30.'Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"...' dan surah adz-Dzariat ayat 56 'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu'.
Kakak: Haa, tau pun adik..hehhe..
Adik: Semua orang tahu kot akak. Belajar masa SPM dulu.
Kakak: haha...Tapi sayangnya tak ramai yang betul-betul tunaikan tugas tu. padahal Allah dan bagi kita berbagai kemudahan untuk kita laksanakan tugas kita. Panduan pun Allah dan bagi iaitu al-Quran, Nabi kita pun tinggalkan sunnah-sunnahnya untuk kita ikuti. Tapi semua orang asyik terkejar-kejar kenikmatan dunia yang sementara...
Adik: Apa maksud kenikmatan dunia? salah ke kalo kita nikmati?
Kakak: Oh, maksud akak, hal-hal yang menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah. contohnya hiburan yang berlebihan, berniaga sampai tinggal solat, buat benda-benda tak berfaedah seperti main game, tengok cerita yang xsepatutnya. dam macam-macam lagi. Dalam Quran ada sebut pasal ni. Tengok surah al-Hadid ayat 20 'Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan.....'
Adik: A'ah la kak. adik rasa la kan, sekarang ni ramai yang lalai dari mengingati Allah
Kakak: Tu la, sama-sama la kita tolong saudara-saudara seIslam kita untuk kembali kepada Allah dan menyerahkan diri ini sepenuhnya pada Allah. Dan kita tahu, kita akan kembali pada Allah jua nanti. Segala amalan kita tercatat dalam kitab kita sendiri. macam mana la agaknya kitab amalan kita ye...huhu..
Adik: Hmmm... takotnya kalo kita kembali dalam keadaan sedang buat dosa..huhu..
Kakak: Kita kena sentiasa ingat la yang Allah Maha Melihat dan Maha Teliti atas apa yang kita buat sehari-hari..Semoga kita semua mendapat husnul khatimah...
Adik: Amin...Terima kasih akak sebab mengingatkan saya...
Kakak: Akak cuma menyampaikan...hehe...hidup ni tiada makna melainkan hanya untuk dipersembahkan pada Allah Pemilik kita.
Adik: Betol3..hihi...

1 comments:

{ shana } at: November 20, 2009 at 7:08 PM said...

nice post...smoga mnjadi panduan dlmkehidupan...=)