JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




Dia suri tauladan yang baik

Monday, January 4, 2010
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq
(Riwayat Imam Malik)

Seperti mana kita semua tahu, umat Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu dalam keadaan apa sekalipun. Hatta dalam keadaan sakit parah, bila masuk waktu solat, wudhu diambil dan solat dijalankan dalam keadaan yang termampu seperti Rasulullah ajarkan. Dalam bermusafir, berperang dan sebagainya.

Macam mana Islam ajar kita jaga solat, macam tu juga Islam nak didik kita jaga akhlaq. Jaga dalam setiap keadaan dan situasi.

...dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain)...
(Al-Ankabut: 45)

Bukankah orang yang baik akhlaqnya adalah orang yang tak buat benda keji dan mungkar??

Sentiasa berakhlaq baik macam mana kita sentiasa solat.

Hakikat manusia itu sentiasa berubah. Contohnya dari sirah Rasulullah....ada sahabat yang minta didoakan supaya kaya. Rasulullah pernah menolak 2 kali. Tapi akhirnya didoakn juga setelah sahabat itu bersumpah akan menunaikan tanggungjawabnya kepada yang miskin dan yang berhak apabila dia kaya nanti. Kemudian selepas makin kaya, sahabat tersebut semakin kurang waktu berjemaah di masjid kerana semakin sibuk. Ada yang mengatakan hadis ini sangat lemah. Tapi saya tak nak membincangkan hal itu. Cuma nak mengajak yang lain mengambil pelajaran, contoh manusia berubah dengan berubahnya keadaan.

Akhlaq VS perbuatan sehari-hari:

Kes: Kita sedang berjalan-jalan di taman rekreasi waktu petang. Tiba-tiba tersepak sampah. Apakah yang akan Kita buat?

Akhlaq itu adalah apabila tindakan kita lakukan di mana-mana tanpa perlu berfikir dan merenung. Plupp!!! Keluar spontan. Tanpa fikir dulu nak buat apa. Jadi apa-apa perbuatan kita hari ini belum tentu adalah akhlaq sebenar kita. Tapi antara perbuatan sehari-hari pasti akan keluar akhlaq kita (boleh paham kan?)

Akhlaq ada yang mulia, ada yang keji.
Menyakiti orang adalah akhlaq buruk.
Cuba tidak menyakiti hati orang adalah akhlaq baik




Islam datang bukan untuk mengubah karakter seseorang. Mengubah Abu Bakar r.a yang lembut dan pendiam kepada Umar Al-Khattab yang garang. Ataupun sebaliknya. (Tekanlah) Tapi Islam datang untuk membetulkan apa yang salah. Seperti mana Rasulullah datang, untuk menyempurnakan akhlaq mulia.

A: Saya bukan tak puas hati kat awak, tapi memang orang kata muka saya masam dan garang.
B: ouh, yeke..

Kembali ke zaman Rasulullah...kerana wajah baginda yang manis dan sentiasa tersenyumlah, maka ramai yang tertarik masuk Islam.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi yang mengharap (rahmat) Allah dan (kemuliaan) hari akhir dan dia banyak menyebut Allah.”
[Al Ahzab:21]

Dalam solat, kita semua tau, kita tak boleh membaca selain  ayat Al-Quran dan doa. (Kalau tiba-tiba melatah...'oh,mak kau!' terbatallah solat..) Bukankah kedua item ni adalah benda yang baik? ^-^. Orang yang menjaga solat, tak buat benda keji = akhlaq baik terjaga.

Rumusan:


Selalu jaga SOLAT ~ AKHLAQ baik terjaga selalu

Hakikat Akhlaq:

Akhlaq yang baik menambah iman
    "Orang-orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya". (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
    Orang yang terbaik adalah terbaik akhlaqnya
      "Sesungguhnya orang yang terbaik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya". (HR. Bukhori dan Muslim)
      Akhlaq yang baik memberatkan timbangan
        "Tidak ada sesuatu yang dapat memperberat timbangan (kebaikan) seorang mukmin pada hari Kiamat selain kebaikan akhlaknya". (HR. Tirmidzi)
        Akhlaq yang baik + taqwa memasukkan manusia ke dalam syurga
          Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk surga? Beliau menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlaq mulia”. Beliau juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka beliau menjawab, “Mulut dan kemaluan”
          (HR. Tirmidzi, dia berkata : ‘Hadits hasan shahih).
          Orang yang paling baik akhlaqnya orang yang paling dengan Rasulullah dan sebaliknya
            “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat kedudukannya denganku di hari kiamat kelak adalah orang yang terbaik akhlaqnya. Dan orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat kelak adalah tsartsarun, mutasyaddiqun dan mutafaihiqun”. Sahabat berkata : “Ya Rasulullah…kami sudah tahu arti tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa arti mutafaihiquun?” Beliau menjawab, “Orang yang sombong” (HR. Tirmidzi, ia berkata ‘hadits ini hasan gharib’. Hadits ini dishahihkan oleh al-Albani dalam kitab Shahih Sunan Tirmidzi)

            Hayati semula SOLAT kita...

            Kenapa orang-orang masih mendatangkan masalah:
            1. tidak solat?
            2. solat belum sempurna?
              Solat perlu diperbetulkan - muntalaq
              Masalah umat Islam hari ini adalah akhlaq. Tak sedikit yang kita dengar, "Kalo saya tengok orang Islam, saya tak nak masuk Islam. Tapi disebabkan saya kenal Islam, saya masuk Islam"

              Jom kita perbaharui akhlaq, sempurnakan akhlaq, muliakan ia. Semoga kita tidak menjadi fitnah buat Islam kerana orang tidak mahukan Islam.

              Allahua'lam

              0 comments: