Bismillah:)
Alhamdulillahh,,masih lagi diizinkan bernafas dalam nafas tarbiyah dariNya yang Maha Agung ini.
First sekali nak BUZZ! blog yang sedang membina sarang labah-labah ni.hehe..bukan apa, insyaAllah, semakin kita meningkat dewasa dalam bayanganNya ini, semakin kita bertambah tanggungjawab, semakin kita diuji,semakin kita diminta untuk istiqomah di jalan ini. Ini lah jalan para penyambung dakwah yang sering kali dilupakan, dieksploitasi, diintai-intai orang malah disalah anggap sebagai terroris!.. Semoga tiap denyut nadi kita masih lagi mengingat Dia, si Empunya segala-galanya. Dan selagi adanya manusia yang berdiri menjejak kaki dibumi berpayungkan awan, nah..selagi itu ada tangan yang semakin giat mencoret sepotong dua bait kata.
Tarbiyah ini sangat mahal kan? Rasa tak?
Meh saya ajak antum semua untuk berfikir sesuatu yang antum dah pernah belaja di sekolah rendah dulu. Bayangkan antum berada di tepi pantai yang tenang. Pandanglah ke depan. Terlihat bentangan laut yang begituuu luas. Dan langit yang begitu indah dihiasi dengan corak-corak yang pelbagai dari awan. nah..sekarang, cuba celupkan jari ke dalam air laut tu. Lepas tu angkat. Perhatikan berapa banyak air yang akan jatuh dari hujung jari kita, dan bandingkan dengan laut yang terbentang luas di hadapan kita.
Sedikittt sangat kan? Itulah ilmu Allah:)
0.000000...1% adalah yang kita ketahui dari ilmu Allah. Yang selebihnya 99.999...9%, hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Fuhh..banyakkan ilmu Allah. dan kepada siapa Allah junjungkan amanah menyampaikan yang 0.000000...1% ni?
Gunung? .. runtuhlah gamaknya..
Air? .. banjir lah dunia..
Haiwan? .. banyak spesis, yang mana satu?
Tumbuhan? .. bergoyang daunnya ikut angin bertiup, macammana nak tadbir bumi?
Dan manusia?
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
ya, manusia.
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Senang je kan arahan Allah. Dan malaikat pun menurut tanpa alasan. Langsung. Justeru itu, kenapa bukan malaikat yang dipilih untuk menjadi pemikul-pemikul beban dakwah ni?
Punya lah patuh, tak mengeluh langsung. Tapi kenapa Allah pilih jugak manusia? Kenapa? Kenapa?
Sebab kita adalah MANUSIA. Cucu cicit Adam yang dahulunya penghuni syurga. Keturunan dari syurga lah kita ni kan. Nak katanya, Allah dah pilih kita siap-siap. Makan pakai Allah bagi, lapar Allah kenyangkan, nak tidur Allah nyenyakkan, nak refreshment Allah bagi alam, nak berhibur Allah bagi al-Quran, nak berteman Allah hidupkan pendamping untuk setiap satu manusia..nak apa lagi?? Allah bagi! Minta je, insyaAllah tertunai. Tapi ape Allah dapat? Adakah semua yang diberi itu akan mengurangi takhta kerajaanNya? Adakah akan mengurangi duit dan harta Yang Maha Esa? Adakah akan memenatkan Allah? Jawapannya : TIDAK.
Manusia ni sebenarnya tak memberi efek pun kepada Allah. Hidup ke manusia tu, makan ke manusia tu, penatnya manusia tu, semua Allah dah aturkan. Dalam hadis 40 Imam Nawawi,
Hadis riwayat al-lmam Muslim,
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusiadan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.
Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya.
Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.
Yang sebenarnya Allah suruh kita buat adalah
.. "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".. [2:30]
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [51:56]
Jadi, tiada wewenang bagi kita sebagai manusia untuk bertanyakan, kenapa aku ditugaskan begini dan begitu.. as manusia tiada wewenang atas dirinya sendiri. Maha suci Allah Tuhan sekalian alam.
*credits to my usrahmates for the nice-weekend-sharing.