JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




Ini Cerita S.A.Y.A Part 3

Monday, November 30, 2009

petang tadi, saya n abah gi melawat atok yg sakit kat rumah atok. kami pergi berdua je sebab ibu masih kerja. kami pergi jln kaki je sebab umah atok bersebelahan je dgn perumahan saya. masa tengok atok tu, sy teringat akan sakaratul maut... hati asyik melagukan selawat syifa'.. semoga atok cepat sembuh...

on the way nak balik rumah, berlaku lah perbualan ni dgn abah...


abah: along, along selalu pergi usrah kan? abah nak tanya...

sy: a'ah bah.. kenapa, nak tanya apa?

abah: long, kalau dalam rumah tangga, perlu ke seseorang suami mintak maaf kat isteri dia?

sy: mesti la bah... kalo dalam hal2 mintak2 maaf ni, taraf dia sama je.. tak kesah la dia tu suami atau isteri. yg penting, kalau dah buat salah, kena la mintak maaf. kenapa abah tanya..?

(saja je nak korek rahsia dari abah.. tp sebenarnya saya tau abah terfikir pasal atok n arwah opah dulu. ada peristiwa antara atok dan opah yang sentiasa bermain dalam fikiran abah)

abah: tak ade la...

along: abah teringat kat arwah opah ye..?

abah: a'ah long... sebab tu abah tanya.. abah pun tak boleh nak komen banyak long. sekarang ni tinggal urusan atok dgn Allah. ini baru balasan yg Allah bagi kat atok masa kat dunia. kita pulak tak tahu apa akan jadi kat akhirat nnt.

along: ye la.. sebab tu bila kita melawat orang sakit, lebih2 lagi masa melawat atok yg sedang menghadapi sakaratul maut tu, kita kena pikirkan diri kita jugak.. cmner la kita nnt?? kita jadi kan apa yg berlaku kat sekeliling kita ni sebagai pengajaran. supaya kita tak ulang kesalahan yang sama

abah: along, abah nak tanya lagi... kalau kesalahan antara perempuan dgn perempuan, kena mntk maaf jugak tak long?

sy: mesti la kena jugak bah... kalau dosa sesama manusia ni, memang kita yang kena selesaikan sendiri.


(dialog di cut sampai sini)

alhamdulillah.. ni la sikit sebanyak didikan yg saya sempat beri pd abah pd ptg ni. semoga abah faham apa yg anak dia ajar pada dia sebagaimana saya faham matematik yg abah pernah ajar pada sy masa saya kecik2 dulu.

byk peringatan yg Allah beri masa ziarah atok tadi. rasa sayu... semoga Allah pelihara atok n ampunkan segala kesalahan atok.. ameen...~
http://mail.yimg.com/a/i/mesg/tsmileys2/01.gif

3 comments:

{ Unknown } at: November 30, 2009 at 8:36 PM said...

Salam Tomey. Ramai cucu-cucu tak pedulikan atuk mereka lagi sebab ayah-ayah dan ibu-ibu mereka tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Tomey terus tunjukkan keprihatin kepada atuk ye kerana mereka juga seperti ayah dan ibu tomey yang melahirkan tomey.

{ Guru } at: November 30, 2009 at 9:33 PM said...

assalammualaikum

semoga kita juga dapat belajar...dan beringat

Anonymous at: December 1, 2009 at 5:59 PM said...

salam..
semoga kita yang masih muda ni slalu amik iktibar dari yang terdahulu dari kite...

suke petik kate-kate ustaz ni..
"..contohilah orang yang telah pergi kerana kesudahannya sudah terbukti.."

post ni ade 1 pengajaran yang tersirat yang sangat2 bermakna..semakla dengan hati..
jazakillah~