JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




rumus kakak S...

Monday, June 22, 2009

Sibuk kan diri dengan sesuatu yang bermanfaat


Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda:

“Di antara tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat”


Kenal Islam

kemudian…

Tambah Iman

kemudian…

Buang Jahiliyyah


Ni rumus yang saya dapat dari kakak S


Sape takut neraka? Angkat tangan? Rasanya semua takut kot, insyaAllah. Api melampau2 panas, malaikat yang garang takde belas kasihan, minuman nanah dan kahak, makanan buah berduri….

Iyek! Sape je nak? Duduk kat tepi jalan nak tunggu bajai dalam cuaca panas pun da tak tahan, ni lagilah cuaca kat neraka tu. Gak mau donk!


Sahabat-sahabat zaman Rasulullah dulu sangat takut kembali ke jahiliyyah.

* Jahilliyah = tidak berguna, tidak bermanfaat à mengurangkan iman *

Imam Malik menyebutkan bahawa Luqman pernah ditanya “Apakah yang menjadikan anda mencapai derajat seperti ini?” Ia menjawab, “Kejujuran, menepati janji, dan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat”

Hassan al-Basri berkata, “Tanda, bahawa Allah berpaling dari hambaNya, adalah jika seorang hamba menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara tidak mendatangkan manfaat”


· Bermanfaat : berkaitan kebutuham manusia yang paling mendasar + berhubungan keselamatan kita dunia & akhirat

· Tak bermanfaat: keinginan melampaui kebutuhan mendasar, e.g: gila pangkat, gila nama, makan tak ingat dunia, banyak cakap…

Macam mane kita semua takut nak masuk neraka macam tu jugak kita kena rasakan benci pada jahilliyah atau kerja buruk a.k.a dosa+maksiat kita dulu. Macam mane pulak nak buang jahiliyyah tu?

Nampak tak perenggan yang paling atas? Lepas kita kenal Islam yang sebenar, marilah kita tambahkan iman. Lepas tu, bila iman dah bertambah baru senang kita nak buang jahiliyyah yang bersarang .

Dalam nak buat baik nih, mesti je ada godaan yang datang mengacau. Antara lain tak bukan adalah syaitan. Bisa datang dari golongan jin, bisa juga datang dari golongan manusia…huhu. Cara-mare nak buat kita ni terjebak dalam dosa:


1. Mengajak buat yang haram, bila tak berjaya….

2. Mengajak tinggalkan yang wajib (tak pe ah, selagi tak buat yang haram…[????]), tapi bila tak berjaya…

3. Mengajak meninggalkan yang sunat, (tak baca al-quran sehari, takpe kot…), bila tak berjaya jugak….

4. Berlebih-lebihan dalam yang harus hingga jadi haram (contohnya: harus dalam bercakap, tapi bergurau sampai menyakitkan hati), tapi kalau tak berjaya goda, paling cikai pun syaitan ni akan…

5. Mengajak berlebih-lebihan dalam perkara makruh hingga jadi haram

0 comments: